JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Ipoh

27/01/2026 04:22 PM

IPOH, 27 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 15 Jan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata Tasnim Nur Wafaa Usri Abdullah berusia 16 tahun dan bertubuh gempal.

"Remaja berkenaan beralamat di Rancangan Perumahan Tersusun, Haji Tahir Batu Masjid dekat sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Balai Polis Tanjung Rambutan di talian 05-5331222.

-- BERNAMA

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2517357