Seorang arkitek penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu dua tahun lepas.
Suhaili Othman, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.
Berdasarkan pertuduhan, Suhaili sebagai ejen kepada JKR Kedah didakwa dengan niat hendak memperdayakan JKR Kedah menerusi suatu dokumen tuntutan elaun perjalanan berjumlah RM894.50 bagi menghadiri mesyuarat di Melaka pada Jun 2024 dengan menggunakan kenderaan sendiri, sedangkan dia menggunakan kenderaan projek.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA