PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

26/01/2026 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Pada akhir dagangan, kontrak Januari 2026 meningkat 24.5 mata kepada 1,741.5, Februari 2025 naik 23.0 mata kepada 1,744.5, Mac 2026 menokok 22.5 mata kepada 1,724.0 manakala Jun 2026 menambah 25 mata kepada 1,727.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 27,140 lot daripada 6,233 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 62,341 kontrak daripada 41,444 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 24.08 mata atau 1.40 peratus kepada 1,744.07 daripada 1,719.99 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA



 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2517084