Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar tadika selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih Desa @ Kuamut di Dewan Terbuka Dataran Tongod hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Jafry Ariffin (dua, kiri) dan ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah (kanan).