DUNIA

Gempa Bumi Berukuran 5.7 Magnitud Landa Barat Laut Jammu Dan Kashmir

19/01/2026 05:30 PM

ISTANBUL/ISLAMABAD, 19 Jan (Bernama-Anadolu) -- Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda bahagian barat laut wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbir India pada Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GEOFON), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Tambahnya, gegaran itu dirasai di seluruh wilayah berkenaan pada kira-kira jam 0621 GMT.

Pusat Seismologi India turut mengesahkan gempa bumi berukuran 5.7 magnitud itu berlaku di wilayah Ladakh, yang dahulunya sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.

Menurut Tinjauan Geologi AS (USGS), gempa bumi itu melanda kira-kira 50 kilometer (km) di utara-barat laut Barishal, Pakistan.

"Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud turut dirasai di wilayah utara Pakistan, dengan pusat gempa terletak di timur laut Kashmir pada kedalaman 10km, kira-kira 80km dari Gilgit," menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.

Setakat laporan terakhir diterima, tiada sebarang laporan mengenai kerosakan dilaporkan.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2514187