AM

Agong Terima Menghadap Ketua Setiausaha Kementerian Luar

16/01/2026 02:42 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin di Istana Bukit Tunku di sini hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan perkembangan semasa berkaitan situasi geopolitik antarabangsa.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Abu Bakar Mamat.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2513158