SHAH ALAM, 15 Jan (Bernama) -- Tiga maut dalam kebakaran melibatkan empat buah kilang termasuk kilang pemprosesan minyak di Kawasan Perindustian Olak Lempit, Banting dekat sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kebakaran itu pada 11.03 malam sebelum sepasukan 69 anggota dan pegawai digerak ke lokasi kejadian.
“Kebakaran masing-masing melibatkan empat premis termasuk kilang pemprosesan yang terletak bersebelahan.
“Mayat mangsa pula ditemukan rentung semasa proses overhaul di kilang pemprosesan minyak yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata pasukan operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, KLIA, Dnegkil, Cyberjaya, Bangi, Petaling Jaya, Presint 7 Putrajaya serta Nilai, Negeri Sembilan.
Katanya, operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Sri Serdang, Seri Kembangan dan Rantau Panjang, Klang, manakala api berjaya dikawal pada 1.15 pagi.
-- BERNAMA