ISTANBUL, 13 Jan (Bernama-Anadolu) -- Perkhidmatan Internet Iran terhenti lebih 100 jam, lapor Anadolu Ajansi memetik kumpulan pemerhati Internet berpangkalan di London NetBlocks.
Menurut kumpulan itu pada X, tahap keterhubungan pada peringkat nasional kekal pada satu peratus daripada normal.
Iran bergolak susulan siri bantahan sejak 28 Dis disebabkan oleh penyusutan nilai rial dan keadaan ekonomi yang semakin teruk dan turut merebak ke beberapa bandar lain.
-- BERNAMA-ANADOLU