Gelagat murid tahun satu Nik Mohamad Iman Rafif Nik Masrur memulakan hari pertama sesi persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu. Di Terengganu, seramai 256,822 murid dan pelajar di 507 sekolah memulakan sesi persekolahan hari ini.
Gelagat ibu bapa murid Tahun Satu mengintai anak masing-masing yang memulakan hari pertama sesi persekolahan 2026 di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu hari ini.
Suasana hari pertama sesi persekolahan 2026 ketika tinjauan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hari ini. Di Kedah seramai 345,259 murid di 753 sekolah rendah dan sekolah menengah memulakan sesi persekolahan hari ini.
Di Kedah seramai 345,259 murid di 753 sekolah rendah dan sekolah menengah memulakan sesi persekolahan hari ini. Pecahan itu melibatkan seramai 199,208 murid di 548 sekolah rendah dan 146,051 murid di 205 sekolah menengah.
Pelajar yang tinggal di Kuala Gris menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong bagi memulakan sesi persekolahan 2026 ketika tinjauan Bernama hari ini.
AM
Sesi Persekolahan 2026/2027 Bermula Hari Ini Di Kedah, Kelantan Dan Terengganu