PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Sesi Awal

09/01/2026 11:10 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan tinggi pada awal dagangan hari ini, seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.44 pagi, kontrak bulan semasa Januari 2026 dan Februari 2026 naik setengah mata masing-masing kepada 1,671.5 and 1,675.0, manakala Mac 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,657.0 dan Jun 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,660.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,356 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,951 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 3.01 mata kepada 1,672.58 selepas 44 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutup 1,669.57 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA  

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2510509