PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

08/01/2026 10:49 AM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Khamis yang seiringan dengan prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.45 pagi, kontrak bulan semasa Januari 2026 dan Jun 2026 susut 10 mata kepada 1,668.00 dan 1,657.50, Februari 2026 turun 8.5 mata kepada 1,673.50 dan Mac 2026 berkurangan 8.0 mata kepada 1,655.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,396 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 35,360 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 7.98 mata kepada 1,668.85 selepas 45 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutup 1,676.83 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2510146