DUNIA

Naib Presiden Venezuela Rodriguez Angkat Sumpah Sebagai Presiden Sementara

06/01/2026 12:06 PM

WASHINGTON, 6 Jan (Bernama) -- Naib Presiden merangkap Menteri Minyak Venezuela secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden Sementara pada Isnin, susulan penahanan Presiden Nicolas Maduro dalam operasi Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya bersumpah demi Komander Hugo Chavez,” kata Delcy Rodriguez di hadapan Perhimpunan Kebangsaan Venezuela di ibu negara Caracas, sambil menyatakan kekesalan atas penahanan Maduro dan isterinya, Cilia Flores.

Maduro dan Flores ditahan dalam satu operasi awal pagi Sabtu oleh tentera AS, sebelum diterbangkan keluar dari negara itu menuju ke New York untuk prosiding pendengaran awal melibatkan pertuduhan dadah dan senjata api.

Selepas penahanan Maduro, Mahkamah Agung Venezuela mengarahkan Naib Presiden Rodriguez untuk memegang jawatan sebagai pemangku presiden dengan "serta-merta".

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2509251