JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar UniSZA Maut Kereta Dirempuh

05/01/2026 06:52 PM

“Apabila lampu bertukar hijau, pemandu Perodua Viva bergerak membelok ke kanan, tiba-tiba datang kereta Honda Jazz dari arah bertentangan telah melanggar bahagian hadapan sebelah kiri Perodua Viva itu.

“Kemalangan tersebut telah menyebabkan pemandu Perodua Viva mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Honda Jazz sedang mendapat rawatan di zon kuning Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya pemandu Honda Jazz berkenaan merupakan lelaki berusia 32 tahun yang mengalami patah tangan dan leher akibat kemalangan itu.

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam dalam kenyataan berasingan memaklumkan Syakirah Hanan merupakan pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan.

Beliau berkata pihak universiti menyumbang RM7,200 kepada keluarga mangsa bagi membantu melancarkan proses pengebumian dan urusan berkaitan.

Menurutnya seluruh warga UniSZA amat berdukacita dengan kehilangan tersebut dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Syakirah Hanan.

"Pegawai UniSZA telah bergegas ke hospital untuk membantu menguruskan apa yang perlu sebaik mendapat berita kemalangan tersebut. Sumbangan meliputi khairat kematian, insurans kematian takaful dan derma daripada pihak UniSZA sendiri," katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2509062