DUNIA

Starlink Janji Internet Percuma Untuk Venezuela Hingga 3 Februari

04/01/2026 08:56 PM

MOSCOW, 4 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Perkhidmatan internet satelit Starlink milik SpaceX yang dimiliki oleh usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk memaklumkan bahawa ia akan menyediakan akses internet percuma dan tanpa gangguan kepada rakyat Venezuela hingga 3 Februari, susulan operasi keselamatan di Caracas, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Starlink menyediakan perkhidmatan jalur lebar percuma kepada rakyat Venezuela hingga 3 Februari, bagi memastikan ketersambungan yang berterusan,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform X lewat Sabtu.

Starlink merupakan rangkaian satelit generasi akan datang yang dilancarkan oleh SpaceX pada Februari 2018 dan direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar di seluruh dunia.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2508756