DUNIA

Kematian Akibat Nahas Jalan Raya Meningkat Di Sri Lanka Pada 2025

02/01/2026 05:10 PM

COLOMBO, 2 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sri Lanka merekodkan 2,562 nahas jalan raya yang membawa maut pada 2025 berbanding 2,287 kes pada 2024, lapor Xinhua.

Menurut Jurucakap Polis F. U. Wootler pada Jumaat, nahas jalan raya sepanjang 2025 mengorbankan 2,710 nyawa, iaitu 322 kematian lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Beliau berkata kira-kira 85 peratus nahas jalan raya di Sri Lanka berpunca daripada masalah berkaitan tekanan psikologi.

Punca utama lain nahas pada 2025 termasuk memandu laju, pemanduan di bawah pengaruh alkohol, keletihan serta penggunaan bahan narkotik, kata Wootler.

Jurucakap itu turut memaklumkan yang beberapa inisiatif di bawah penyeliaan Ketua Polis Negara akan dilaksanakan pada 2026 bagi mengurangkan nahas maut secara ketara.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Pengangkutan Motor Kamal Amarasinghe mengumumkan yang negara itu akan melaksanakan sepenuhnya sistem mata demerit bagi pemandu pada 2026. Langkah itu bertujuan membendung peningkatan nahas jalan raya dengan menjejak dan mengenakan penalti terhadap pesalah trafik berulang melalui pangkalan data digital.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2508205