Kakitangan Tourism Malaysia mengalu-alukan ketibaan pelancong dengan menyampaikan cenderahati di Balai Ketibaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, hari ini.
Program sambutan ini dilaksanakan secara serentak di 55 pintu masuk strategik di seluruh negara, termasuk lapangan terbang, pelabuhan dan hab pengangkutan utama, sebagai usaha menyemarakkan semangat hospitaliti rakyat Malaysia serta meningkatkan kesedaran awal terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pelancong jelas teruja menerima cenderahati daripada Tourism Malaysia sebaik tiba di Balai Ketibaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Pegawai Eksekutif Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Shazwan Mohammad bercakap kepada media selepas menyampaikan cenderahati kepada pelancong yang tiba di Balai Ketibaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Wajah ceria pelancong terserlah apabila mereka menerima cenderahati daripada Tourism Malaysia sebaik tiba di Balai Ketibaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Selesa Dan Berpatutan, Perkhidmatan Bas Jadi Pemangkin Pergerakan Pelancong