KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai asas.
Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025, Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing kekal stabil pada 1,676.0, 1,680.0 dan 1,664.5, manakala kontrak Jun 2026 meningkat 0.5 mata kepada 1,664.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 54,048 lot daripada 23,709 pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 90,130 kontrak daripada 63,355.
Pada 5 petang, FBM KLCI ditutup 3.89 mata lebih tinggi kepada 1,680.99, meningkat daripada 1,677.10 sebelumnya.
-- BERNAMA