AM

Persiapan Bekalan Daging Ramadan, Aidilfitri 2026 Sudah Bermula - Mohamad Sabu

28/12/2025 01:51 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Mohamad berkata bekalan daging negara sepanjang tempoh tiga tahun kebelakangan ini sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat termasuk ketika permintaan meningkat semasa musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

Beliau berkata umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada bulan Februari manakala Aidilfitri di penghujung Mac 2026.

"Persiapan bekalan daging sudah pun dimulakan dari sekarang oleh penternak tempatan… dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat tahun hadapan juga akan terus terjamin,” katanya.

-- BERNAMA 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2506733