AM

MBI Luluskan 23 Lokasi Bazar Ramadan, Libatkan Lebih 1,500 Petak Di Ipoh

24/12/2025 03:48 PM

IPOH, 24 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meluluskan penganjuran bazar Ramadan di 23 lokasi dengan melibatkan 1,587 petak, yang dikendalikan oleh enam persatuan penjaja, tiga persatuan penduduk, dua ahli jawatankuasa masjid dan surau, satu koperasi penjaja, serta dua agensi swasta bagi tahun depan.

MBI dalam kenyataan memaklumkan, penyampaian surat kelulusan penganjuran dan sesi taklimat penganjuran bazar Ramadan MBI bagi tahun depan telah diadakan pada 22 Dis (Isnin) lepas, dipengerusikan Setiausaha Bandaraya MBI Ahmad Munir Ishak, serta dihadiri barisan Ahli Majlis MBI.

Taklimat disampaikan oleh wakil-wakil Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandaraya MBI, Jabatan Pelesenan MBI, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak, Green Energy Asia Biofuel Resources, MySafe Food dan Bank Islam Malaysia Berhad.

"Para peniaga boleh menghubungi penganjur-penganjur yang tersenarai sekiranya berminat untuk berniaga di bazar Ramadan pilihan. Sila mohon segera kerana bilangan petak adalah terhad di setiap lokasi.

"Semoga Bazar Ramadan MBI pada tahun hadapan berjalan dengan lancar, selamat dan beroperasi dengan baik," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2505886