KYIV, 26 Dis (Bernama-dpa) -- Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam masa terdekat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kami telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan di peringkat tertinggi - bersama Presiden Trump dalam masa terdekat,” tulis Zelensky di platform media sosial X.
Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan maklumat terkini daripada Rustem Umerov, perunding utama Ukraine dalam rundingan damai bagi menamatkan perang yang tercetus hampir empat tahun lalu, mengenai hubungan terbaharunya dengan AS.
“Banyak perkara boleh diputuskan sebelum Tahun Baharu,” tulis Zelensky.
-- BERNAMA-dpa