KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Selasa.
Pada 9.30 pagi, kontrak Disember 2025 turun 8.5 mata kepada 1,671.0, Januari 2026 merosot 8.0 mata kepada 1,674.50, Mac 2026 menguncup 7.5 mata kepada 1,659.5 dan Jun 2026 berkurangan 6.0 mata kepada 1,663.0.
Jumlah dagangan sebanyak 4,516 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,465 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI turun 3.50 mata kepada 1,667.79 selepas 49 minit dagangan daripada 1,671.29 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA