PUTRAJAYA, 6 Dis -- Senyuman dan tawa jelas terpancar di wajah pengunjung apabila menerima Bakul Kembara Perpaduan yang sarat dengan makanan, minuman, buah-buahan dan tikar plastik untuk digunakan dalam aktiviti bersantai bersama keluarga dan rakan pada program Piknik Perpaduan MADANI di Pekarangan Dataran Putrajaya, hari ini.
Inisiatif julung kali Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini menyasarkan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di Tabika Perpaduan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekali gus memanfaatkan cuti sekolah.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA