Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) meninjau lubang benam di lorong laju Jalan Persekutuan FT033, Seksyen 22.0 Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (Lebuh SPA) menghala ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.
Lubang benam itu dilaporkan berlaku pada 11.18 malam tadi dengan anggaran ukuran 10 meter panjang dan 5 meter lebar, namun tiada sebarang kejadian tidak diingini melibatkan pengguna jalan raya.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARAÂ