Bekas pegawai tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Azman Jamaluddin, 79, (kanan) bersama warga emas kelahiran Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, Dr Abdul Hakim Arifin, 67, bergambar selepas masing-masing berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada sesi kedua Majlis Konvokesyen ke-69 di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM hari ini.
Meskipun diuji dengan masalah pendengaran sejak kecil, Muhammad Dhiauddin Ahmad Termizi, 29, (tengah) membuktikan bahawa ketabahan dan sokongan keluarga mampu mengatasi segala keterbatasan apabila beliau berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam Pendidikan Tahfiz di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).