MANAMA (BAHRAIN), 9 Nov –- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang malam ini selepas menamatkan Lawatan Negara selama tiga hari ke Bahrain.
Seri Paduka Baginda diiringi Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa ketika berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, Muharraq, bagi majlis perlepasan berkenaan.
Lawatan Negara ini memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Bahrain dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan keselamatan.
-–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

AM
Agong Berangkat Pulang Ke Tanah Air, Akhiri Lawatan Negara Di Bahrain