Para peserta Program Pemulihan Terumbu Karang anjuran Yayasan JCorp tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam laut dengan menyertai aktiviti snorkeling di perairan Pulau Dayang.
Peserta berpeluang melihat sendiri keunikan hidupan laut serta keadaan terumbu karang yang menjadi habitat penting bagi pelbagai spesies marin.
Pengalaman secara langsung itu memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada peserta mengenai kepentingan menjaga khazanah laut agar kekal terpelihara untuk generasi akan datang.
AM
Yayasan JCorp Komited Pulihara Marin, Tanam 60 Terumbu Karang Di Pulau Aur