KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
Pada penutup, kontrak bulan semasa Julai 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,547.5, Ogos 2025 menambah 5.5 mata kepada 1,545.5, September 2025 naik 6.5 mata kepada 1,526.5 dan Disember 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,529.0.
Jumlah dagangan naik kepada 7,517 lot daripada 6,676 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 40,436 kontrak daripada 40,873 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 8.68 mata atau 0.56 peratus kepada 1,550.21 daripada 1,541.53 pada Selasa.
-- BERNAMA