KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
Pada sesi penutup dagangan, kontrak Mei 2025 susut 1.0 mata kepada 1,526.0, Jun 2025 dan September 2025 turun 1.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,522.5 dan 1,506.5, dan Disember 2025 menyusut 3.0 mata kepada 1,512.
Jumlah dagangan melonjak kepada 62,385 lot daripada 33,899 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 103,479 kontrak daripada 73,526 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 2.68 mata kepada 1,523.48 daripada 1,526.16 pada Selasa.
-- BERNAMA