KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) hari ini memberikan lanjutan tiga bulan kepada Pharmaniaga Bhd sehingga 29 Ogos 2025 untuk melaksanakan Pelan Regularisasinya.
"Lanjutan masa yang diberikan adalah tanpa prejudis terhadap hak Bursa Securities untuk meneruskan penggantungan dagangan sekuriti tersenarai Pharmaniaga dan menyahsenarai syarikat itu sekiranya gagal melaksanakan Pelan Regularisasinya dalam tempoh masa atau tempoh lanjutan yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Sekiranya gagal berbuat demikian, Bursa Securities akan menggantung dagangan sekuriti tersenarai Pharmaniaga pada hari pasaran yang keenam selepas tarikh pemberitahuan penggantungan oleh Bursa Securities dan menyahsenarai syarikat itu, tertakluk kepada hak syarikat untuk merayu terhadap penyahsenaraian berkenaan," katanya.
-- BERNAMA