PASARAN

Jualan Singkat Intra Hari Bagi Menggantung Saham MSM Malaysia

22/05/2025 08:32 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Dagangan jualan singkat intra hari (IDSS) untuk saham MSM Malaysia Holdings Bhd digantung sepanjang hari susulan harga terakhir sekuriti yang diluluskan turun lebih daripada 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Setakat 3.46 petang, MSM Malaysia susut 20 sen atau 14.39 peratus kepada RM1.19 dengan 8.69 juta saham diniagakan.

Pengeluar gula itu berubah-ubah antara RM1.17 dan RM1.39 sepanjang sesi dagangan setakat ini.

Dalam pengumuman khas hari ini, Bursa Malaysia memaklumkan jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada 8.30 pagi esok (23 Mei).

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2425841