DUNIA

Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-CELAC Keempat Akan Berlangsung Di Beijing

12/05/2025 04:43 PM

BEIJING, 12 Mei (Bernama-CMG) – Mesyuarat peringkat menteri Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) Keempat akan berlangsung di Beijing pada 13 Mei ini.

Penolong Menteri Luar China, Miao Deyu dalam sidang taklimat pada Ahad berkata, mesyuarat itu akan meluluskan dua dokumen iaitu Deklarasi Beijing dan Pelan Tindakan Bersama.

"Deklarasi Beijing akan menunjukkan aspirasi kedua-dua pihak China dan CELAC dalam mendapatkan keamanan, mewujudkan pembangunan dan mempergiat kerjasama.

"Sementara itu, Pelan Tindakan Bersama merangkumi langkah-langkah konkrit kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang inovasi sains dan teknologi, perdagangan dan pelaburan, kewangan, infrastruktur, pertanian dan makanan, industri maklumat, pembangunan tenaga, serta pembangunan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang akan menjadi garis panduan kepada kerjasama kedua-dua pihak bagi tiga tahun akan datang," kata Miao.

--BERNAMA-CMG

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2421949