Bursa Malaysia Ditutup Pada Khamis Sempena Cuti Umum Hari Pekerja
28/04/2025 09:35 PM
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Khamis ini (1 Mei) sempena cuti umum menyambut Hari Pekerja.
Bursa dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada hari berikutnya, 2 Mei.