BEIJING, 23 April (Bernama-CMG) -- Jumlah import eksport antara bandar Shanghai dengan negara-negara ASEAN merekodkan RMB143.52 bilion (RM86.66 bilion) pada suku pertama 2025 (S1 2025), menokok 7.1 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Kastam Bandar Shanghai.
Berikutan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) ke versi 3.0, Jabatan Kastam Pelabuhan Waigaoqiao Shanghai telah memperkenalkan "pengakuan dua langkah" dan "pemuatan terus semasa ketibaan" untuk memudahkan prosedur kelulusan kastam, sekali gus menyumbang kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan antara bandar Shanghai dengan negara-negara ASEAN.
Malaysia merupakan pasaran automotif kedua terbesar di rantau Asia Tenggara dan industri alat ganti keretanya mempunyai potensi besar.
Baru-baru ini, kapal kargo "HOCHIMINH VOYAGER" membawa sebanyak 108,000 keping komponen papan pemuka automotif meninggalkan Pelabuhan Waigaoqiao dan menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang, di bawah pemantauan Kastam Pelabuhan Waigaoqiao Shanghai.
-- BERNAMA-CMG