Para sukarelawan mengumpulkan lebihan makanan yang tidak habis dijual dari peniaga bazar Ramadan ketika tinjauan di Bazar Ramadan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh semalam.
Lebihan makanan dan minuman berkenaan akan diagihkan kepada pelbagai pihak antaranya pelajar institusi pengajian tinggi, surau atau masjid dan taman perumahan.
Purata sehari lebihan makanan dan minuman yang diselamatkan di empat bazar Ramadan terlibat iaitu MITC, Peringgit, Jasin Bestari dan Alor Gajah adalah sebanyak 600 kilogram (kg).
Secara keseluruhan sebanyak 5,304 makanan dan minuman diselamatkan di empat bazar Ramadan berkenaan dalam tempoh lapan hari pelaksanaan program berkenaan bermula 10 Mac lepas.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA