BERITA TERKINI   Satu Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM akan ditubuhkan - KSU | Piala Malaysia: JDT 5-0 Melaka | 

Terdapat 11437 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti dagangan yang lebih baik walaupun mengalami tekanan awal minggu ini.

Ekovest Dapat Kelulusan KWSP Lanjutkan Lagi Tarikh Pelan Keluar

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ekovest Bhd mendapat kelulusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan lagi tarikh pelan keluar selama setahun di bawah perjanjian pemegang sahamnya mengenai cadangan penjualan 40 peratus kepentingan ekuiti dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Bagi TK2025 Melonjak Kepada RM614 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kumpulan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM614.20 juta bagi tahun kewangan 2025 (TK2025) berakhir pada 31 Dis, 2025, daripada RM490.27 juta diraih bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Suku Ketiga MNRB Naik Kepada RM150.97 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM150.97 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025 (S3 TK2026) daripada RM115.86 juta pada tahun sebelumnya.

Suruhanjaya Tenaga Umum Pembida Berjaya Bagi Program NewGen25

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bidaan bagi program tender NewGen25 telah dimuktamadkan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

CIMB Semak Naik Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Papar Momentum Kukuh

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- CIMB Treasury & Markets Research menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia yang dinaikkan kepada 4.5 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.

UDA Kukuhkan Pasaran Di Johor, UDA Heights Terima Sambutan Hangat

JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) mengekalkan momentum pembangunan hartanah di Johor melalui sambutan hangat terhadap projek kediaman premium, UDA Heights.

Niaga Hadapan Emas Mengakhiri Keuntungan Lima Hari Untuk Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri keuntungan lima hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini, walaupun pasaran emas COMEX AS terus menunjukkan pengukuhan.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas unit tempatan mencecah paras tertinggi baharu semalam, menjelang minggu dagangan singkat susulan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Bursa Malaysia, UNDP Akan Bangunkan Buku Panduan Pekerjaan Inklusif Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) memeterai perkongsian strategik untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan memajukan pembangunan inklusif serta mampan di Malaysia bagi kumpulan rentan.

Iskandar Waterfront City Jual Tanah Di Johor Pada Harga RM71.55 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Anak syarikat Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity), Bayou Bay Development Sdn Bhd  telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk melupuskan tanah pajakan seluas 6.64 hektar di Johor kepada WB Southern Sdn Bhd pada harga RM71.55 juta.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.