BERITA TERKINI   Satu Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM akan ditubuhkan - KSU | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada akhir dagangan, kontrak Februari 2026 susut 14.5 mata kepada 1,740.0, Mac 2026 berkurangan 13.0 mata kepada 1,720.5, Jun 2026 menyusut 14.0 mata kepada 1,724.0 dan September 2026 rendah 13.5 mata kepada 1,712.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,678 lot daripada 7,515 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43,523 kontrak daripada 42,200 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.31 mata atau 0.65 peratus kepada 1,739.54 daripada 1,750.85 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA