BERITA TERKINI   Penting bagi Kemboja, Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan bagi redakan ketegangan kedua-dua negara - Anwar | Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN diadakan susulan persetujuan yang dicapai PM Malaysia, Kemboja dan Thailand pada 11 Dis - Wisma Putra | Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bakal anjur Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN mengenai situasi terkini antara Kemboja dan Thailand di Kuala Lumpur pada 22 Dis - Wisma Putra | 

Terdapat 233 berita berdasarkan kata kunci carian "uso"

MATRADE Lantik Abu Bakar Yusof Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melantik Abu Bakar Yusof sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.

Rundingan Komersial Di Antara Petronas Dengan Petros Berjalan Lancar - Fadillah

KUCHING, 16 Dis (Bernama) -- Rundingan komersial yang sedang berlangsung di antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berjalan lancar dan menuju ke arah penyelesaian yang saling menguntungkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KPE TNB Antara Tokoh Korporat Terima Anugerah Penganjuran Sulung “MADANI Business Awards 2025"

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan merupakan antara tokoh korporat, usahawan dan entiti korporat yang menerima pengiktirafan pada penganjuran sulung MADANI Business Awards 2025, apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah “MADANI Best CEO of the Year” baru-baru ini.

Sabah Perlu Bangun Industri Perikanan Laut Dalam Berdasarkan Rantaian Nilai - Arthur

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.

Malaysia Perlu Modenkan Grid Tenaga Ke Arah Bina Ekonomi Rendah Karbon Kompetitif

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu memodenkan sistem grid tenaga untuk membina ekonomi rendah karbon yang kompetitif, inklusif dan berdaya tahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Sambut Baik Pelaburan Tenaga Bersih, Sedia Bantu Pemain Industri — Fadillah

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan tenaga bersih dan bersedia untuk menyokong pemain industri yang ingin mengambil bahagian dalam usaha peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Malaysia Pergiat Usaha Tembus Pasaran Baharu, Tingkat Perdagangan - PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Malaysia akan terus mempergiat usaha menembusi pasaran baharu untuk meningkatkan perdagangan, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai negara dagang yang berdaya saing.

Aspek Pematuhan Syariah BNPL Perlu Diteliti Lebih Mendalam - AKPK

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) – Struktur kontrak dan operasi syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) perlu dikaji dengan teliti bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai status kepatuhan syariah transaksi itu, kata Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohammad Mafrukhin Mokhtar.

Pengetahuan Kewangan Islam Masih Rendah Walaupun Sikap, Tingkah Laku Positif

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) – Masyarakat Malaysia masih kurang pemahaman mendalam dalam aspek teknikal dan prinsip yang berkaitan dengan kewangan Islam, menurut Kajian Indeks Literasi Kewangan Islam 2025.

Kerajaan Teliti Kaedah Penentu Kumpulan Sasar, Termasuk Pendapatan Boleh Guna - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti kaedah penguraian yang lebih sesuai bagi menentukan kumpulan sasar, termasuk mempertimbang penggunaan pendekatan berasaskan pendapatan boleh guna, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Melaka Percepat Pertumbuhan Industri Menerusi Inisiatif Melaka Industrial Booster

MELAKA, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Melaka meningkatkan usaha merancakkan pembangunan perindustrian menerusi Melaka Industrial Booster (MIB), sebuah pusat sehenti yang bertujuan mempercepatkan proses pelaburan serta memperkukuh pertumbuhan zon industri di seluruh negeri.

KWSP Lantik Mohamad Hafiz Sebagai CIO, Ahmad Rizal Sebagai CFO

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Mohamad Hafiz Kassim sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) yang baharu dan Ahmad Rizal Omar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO), kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.