Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "trx"

TRX Bangunkan Menara Ke-10, Dijangka Siap Menjelang Suku Kedua 2029

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Tun Razak Exchange (TRX) akan menyaksikan penambahan bangunan komersial ke-10 menjelang suku kedua 2029, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam pertumbuhan hab kewangan antarabangsa Kuala Lumpur.

PwC Malaysia Pindah Ke TRX, Perkukuh Status KL Sebagai Hab Kewangan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kehadiran PricewaterhouseCoopers Malaysia Holdings Sdn Bhd (PwC Malaysia) sebagai penyewa utama di Tun Razak Exchange (TRX) menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha meletakkan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama perniagaan global serta memperkukuh ekosistem Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) Malaysia itu.

Bin Zayed International Ambil Alih 28 Peratus Kepentingan Dalam Turiya

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Konglomerat pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) melalui entitinya di Singapura Bin Zayed (S) Pte Ltd mengambil alih kepentingan ekuiti yang besar sebanyak 28.89 peratus dalam syarikat Malaysia Turiya Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia.

PKS Perlu Terima Pakai AI, E-invois Untuk Kekal Kompetitif - Gobind

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mesti menerima kecerdasan buatan (AI) dan e-invois untuk kekal kompetitif dalam ekonomi Malaysia yang semakin berkembang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

SME Malaysia Anjur Bual Bicara AI, Pendigitalan Dan e-Invois Pada 25 Februari Depan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Beberapa bidang utama yang mempengaruhi masa depan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan prestasi perniagaan dan pematuhan e-invois akan dibincangkan pada sesi bual bicara - ‘SME Business Talk’ pada 25 Februari depan.

Tiga Syarikat Pembinaan Raih Anugerah Projek Terbaik Di MCIEA 2024

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Tiga syarikat pembinaan terkemuka, MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Sunway Construction Group Bhd memenangi Anugerah Projek Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 baru-baru ini.

Alliance Bank Umum 13 Finalis Terbaik Untuk 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mengumumkan 13 finalis terbaik untuk program 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition yang dipilih daripada 593 pemohon.

Larian Amal Bursa Bull Charge Sasar Kumpul RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Larian amal korporat utama Bursa Malaysia - Bursa Bull Charge (BBC2024) kembali untuk edisi kelapan, menghimpunkan peserta dari sektor korporat dan pasaran modal bagi mengumpul dana kira-kira RM1 juta.