BERITA TERKINI   Bimoffice Group Bhd mula disenaraikan di Pasaran LEAP dibuka dengan premium 11.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 15 sen, dengan 40,000 saham diniagakan | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian "tabung haji"

Pembayaran Dividen Berdasarkan Baki Setiap Akaun - KWSP

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus akan turut dikreditkan ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) berdasarkan baki akaun tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

TH Plantations Catat Peningkatan Untung Bersih Kepada RM107.49 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM107.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025) daripada RM75.17 juta pada tahun sebelumnya.

LKAN: 24 Syarikat Subsidiari Lima Agensi Persekutuan Rugi Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.

Loji Jana Kuasa Biogas Cenergi Lawiang Perkukuh Penyelesaian Sisa Ke Tenaga

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) --TH Plantations Bhd (THP) dan Cenergi SEA Bhd (Cenergi) memulakan operasi Loji Jana Kuasa Biogas Cenergi Lawiang 1.2 megawatt (MW) yang merupakan satu perkembangan penting untuk memajukan penyelesaian sisa ke tenaga dalam sektor perladangan.

PNB, GLIC Giat Terajui Inisiatif Lahirkan 10 Juara Bumiputera

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain komited untuk menerajui inisiatif 10 Juara bumiputera yang bermatlamat mewujudkan 10 syarikat dengan masing-masing mempunyai modal pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta menjelang 2030.

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

Kos FI RM5.9 Juta Perunding Penjenamaan Libatkan Pelbagai Aspek - TH

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan kos fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

Amir Hamzah Puji Kemajuan Program GEAR-uP

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpuas hati dengan kemajuan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui kementeriannya.  

Cawangan Baharu Di Melaka Perkukuh Komitmen Bank Muamalat Perluas Rangkaian

MELAKA, 9 Jun (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Melaka yang dilancarkan hari ini mengukuhkan komitmen bank tersebut dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan.

KTHB Lancar Haqqi Mall, Platform Digital Patuh Syariah

SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) meneroka sektor digital patuh syariah menerusi pelancaran platform e-dagang gaya hidup Muslim berteraskan ekosistem halal dikenali sebagai Haqqi Mall.

GLIC Laksana Dasar Gaji Kehidupan Untuk Semua Pekerja Tetap Warganegara Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.

Mustakim Mohamad Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang baharu menggantikan Datuk Syed Hamadah Syed Othman.