BERITA TERKINI   Pengamal media jalankan tugas secara profesional mesti diberi ruang laksanakan tugas - Majlis Media Malaysia | Kerajaan capai 50 peratus sasaran penjimatan setakat ini hasil penyelarasan perbelanjaan mengurus - Fahmi | Sekretariat PH kesal insiden kekasaran terhadap media ketika liputan Konvensyen di Johor - Fahmi  | PM Anwar hargai komitmen parti gabungan Kerajaan MADANI kekal bersama sehingga tamat penggal - Fahmi | GSF 2.0: Usaha diplomatik sedang digerakkan dengan negara serantau dan Turkiye untuk pembebasan aktivis - KP SNCC | 

Kos FI RM5.9 Juta Perunding Penjenamaan Libatkan Pelbagai Aspek - TH

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan kos fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan berjumlah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

TH memaklumkan fi berkenaan merangkumi aspek penyelidikan dan kajian pasaran, audit dan pelan penjenamaan serta perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman.

“Sehingga kini, RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran,” menurut TH dalam satu kenyataan.

TH menegaskan tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain dibuat berhubung inisiatif berkenaan dan menekankan komitmen untuk memastikan semua keputusan selaras dengan garis panduan serta kepentingan para pendeposit.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 pada 18 Ogos lalu, menyatakan kos fi menggunakan perunding bagi projek penjenamaan TH adalah RM5.9 juta untuk tempoh tiga tahun.

-- BERNAMA