15hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memutuskan bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk meneruskan cadangan undang-undang bagi menubuhkan anak syarikat Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia RegSub) untuk mengambil alih fungsi pengawalseliaan yang kini dijalankan syarikat induk bursa itu.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd, akan membangunkan instrumen inovatif bagi memacu pasaran modal Islam Malaysia, selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 SC.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan Makmal Inovasi ICM (FIKRALab) iaitu platform penciptaan bersama berstruktur serta penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk membangunkan produk dan instrumen baharu pasaran modal Islam (ICM).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), sebagai tambahan kepada RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan pada tahun ini sebanyak RM50 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Lebih daripada RM7 bilion telah disalurkan menerusi dana Malaysia Co-investment Fund (MyCIF) bagi membiayai lebih 11,500 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat pemula niaga sejak 2019, kata Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Mohammad Faiz Azmi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas rundingan dalam usaha mendapatkan maklum balas awam mengenai cadangan pindaan memudah cara penyenaraian serta perdagangan dana dagangan bursa (ETF) mata wang digital.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Google memperkenalkan Pengesahan Perkhidmatan Kewangan (FSV), iaitu keperluan pensijilan baharu untuk pengiklan perkhidmatan kewangan yang bertujuan meningkatkan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada penipuan kewangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Fasa seterusnya pembangunan pasaran modal Malaysia akan dipacu oleh Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang menyasarkan pengembangan saiz pasaran antara RM1.5 trilion hingga RM2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berpendapat Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 (CMP) yang baru dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai pelan tindakan penting yang sejajar dengan misinya untuk menjana pulangan jangka panjang yang mampan kepada penyumbang.