BERITA TERKINI   Untung bersih SP Setia Bhd merosot kepada RM509.96 juta pada TK2025 daripada RM575.95 juta pada TK2024 | Petronas jangka purata harga minyak mentah Brent antara US$65-US$70 setong dalam tempoh lima tahun akan datang - Presiden dan CEO Kumpulan Petronas | Siasatan perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan- Jabatan Peguam Negara | Petronas menyasar untuk mengembangkan perniagaan huluan di peringkat antarabangsa sebanyak 60 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang - Ketua Pegawai Operasi  | Jabatan Peguam Negara pandang serius dakwaan wujudnya cubaan menjatuhkan Kerajaan serta menganggu kestabilan negara | 

Terdapat 518 berita berdasarkan kata kunci carian "sabah"

Perniagaan Kekal Optimis Suku Pertama 2026 Dengan Penunjuk Keyakinan 4.0 Peratus - DOSM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Sentimen perniagaan kekal positif pada suku pertama 2026, seperti dicerminkan oleh Penunjuk Keyakinan (CI) sebanyak 4.0 peratus, menurun berbanding 6.2 peratus pada suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Catat Perdagangan RM272.4 Bilion, Pulau Pinang Pengesport Utama

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM272.4 bilion pada Januari 2026, dengan eksport dan import masing-masing RM146.9 bilion dan RM125.5 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Daya Saing Perdagangan Negara Kekal Terkawal Susulan Pengukuhan Ringgit -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Impak keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka kekal terkawal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

IOI Corp Catat Untung Bersih RM528.5 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan untung bersih RM528.50 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, meningkat ketara berbanding RM111.10 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

Petronas Chemicals Catat Rugi Bersih RM2.14 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.14 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada untung bersih sebanyak RM1.17 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

EPIC OG Meterai Perjanjian Dengan Begas Energy Bagi Projek Terminal Sabah

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), syarikat berkaitan kerajaan Terengganu, menjalin kerjasama strategik dengan Begas Energy Sdn Bhd yang berpangkalan di Sabah menerusi anak syarikatnya, EPIC OG Sdn Bhd.

AirBorneo, IBM Malaysia Jalin Kerjasama Dalam Operasi Berkuasa AI, Perkukuh Kecekapan

KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh milik kerajaan negeri Sarawak yang baharu, AirBorneo, menjalin kerjasama dengan IBM Malaysia Sdn Bhd untuk membangunkan penyelesaian data dan automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Januari 2026 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Penggiat Pelancongan Gesa Kesambungan Penerbangan Langsung Lebih Baik Bagi Labuan

LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Kesambungan penerbangan yang lebih baik dan usaha promosi di peringkat global lebih giat akan merancakkan pembangunan pelancongan Labuan, kata penggiat industri pelancongan pulau ini.

Ringgit Dijangka Bergerak Ke Arah 3.70 Menjelang Akhir Tahun - MUFG Bank

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- MUFG Bank Ltd menjangkakan ringgit akan terus mengukuh ke arah 3.7000 menjelang akhir‑2026 berbanding dolar US, disokong oleh kitaran kenaikan nilai ringgit yang lebih bertahan selepas dipacu oleh asas struktur.

Petronas Tiada Rancangan Kurangkan Pengeluaran O&G Di Sabah- Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Petronas tidak merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan gas (O&G) di Sabah walaupun O&G sedunia menghadapi cabaran penurunan harga yang mendadak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

UOB Malaysia Lanjut Pinjaman Berkaitan Kelestarian Bernilai RM600 Juta Kepada RHB Banking Group

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.