Terdapat 181 berita berdasarkan kata kunci carian "penghargaan"

Megah Port Management, Lembaga Pelabuhan Labuan Meterai Perjanjian Bagi Pacu Operasi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu. 

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan RM22.4 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang mencatatkan RM22.4 bilion dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan pada 2025, naik 29 peratus daripada 2024, mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab perindustrian utama walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi global.

Kumpulan Affin Agih 350 Pek Juadah Berbuka Kepada Petugas Bernama

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kumpulan AFFIN hari ini mengedarkan sejumlah 350 pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Menyokong Bekalan Tenaga Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Malaysia boleh memanfaatkan gangguan bekalan minyak berskala besar disebabkan oleh konflik di Timur Tengah dengan meletakkan dirinya sebagai pembekal tenaga berdaya maju dan lebih dipercayai kepada pelanggan di Asia, kata penganalisis dan sarjana dalam bidang maritim dan minyak dan gas, Nazery Khalid.

Cyberview Pertingkat Usaha Tarik Pelabur Asing, Perkukuh Ekosistem Teknologi Cyberjaya

CYBERJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd akan terus mempertingkat usaha menarik pelabur asing ke Cyberjaya dengan memperluas ekosistem teknologi sedia ada serta memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat pemula, tempatan dan serantau.

Mydin Perluas Pasaran Buka Mydin Mart Ke-75 Di Bagan Datuk

BAGAN DATUK, 27 Feb (Bernama) -- Peruncit dan pemborong Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) memperluaskan pasarannya apabila membuka cawangan Mydin Mart Bagan Datuk yang juga merupakan cawangannya yang ke-75 di seluruh negara.

Suruhanjaya Tenaga Umum Pembida Berjaya Bagi Program NewGen25

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bidaan bagi program tender NewGen25 telah dimuktamadkan, menurut Suruhanjaya Tenaga (ST).

PR1MA Lantik Brian Iskandar Zulkarim Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Gamuda Land Komited Beri Tumpuan Kepada Malaysia, Ketengah Inisiatif 'Money Mari Home'

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Gamuda Land, anak syarikat hartanah Gamuda Bhd mahu Malaysia kekal sebagai pasaran teras dalam portfolio yang pelbagai di peringkat global sementara terus memperkukuh jejak serantau di Malaysia, Vietnam, Singapura, Australia dan United Kingdom.

Bintulu Port Terlindung Daripada Kesan Tarif AS, Fokus Kepada Pasaran Asia

KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) sebahagian besarnya masih terlindung daripada kesan langkah tarif Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh pendedahan perdagangannya yang terhad kepada pasaran As, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Ruslan Abdul Ghani.

Gobind Terharu Tersenarai Dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.

Bank Muamalat Dapat Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.