BERITA TERKINI   Lulu Hypermarket hasrat beli produk halal MARA bernilai US$100 juta, pasarkan di seluruh pasar raya itu di Timur Tengah bermula 1 Julai ini - TPM Ahmad Zahid | MARA perlu lepasi sasaran RM1 bilion nilai potensi jualan industri halal di pasaran antarabangsa tahun depan - TPM Ahmad Zahid | JKDM Sabah rampas 305kg methamphetamine bernilai lebih RM15 juta di Pelabuhan Sepanggar 22 April lalu - Pengarah JKDM Sabah | Pelakon veteran Jalil Hamid meninggal dunia di kediamannya 12.30 tengah hari tadi - Anak | KKDW laksana langkah penjimatan RM250 juta melalui pelarasan perbelanjaan - TPM Ahmad Zahid | 

Kumpulan Affin Agih 350 Pek Juadah Berbuka Kepada Petugas Bernama

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kumpulan AFFIN hari ini mengedarkan sejumlah 350 pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Bhd Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata ini merupakan tahun ketiga pihaknya menjalankan inisiatif tersebut bagi menyantuni warga Bernama sempena bulan Ramadan.

“Program agihan pek makanan kepada warga Bernama ini merupakan tanda penghargaan atas sokongan Bernama kepada AFFIN dalam menyalurkan maklumat dan perkembangan sektor kewangan di Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Turut hadir mengedarkan pek juadah berbuka kepada warga Bernama bersama AFFIN ialah Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson.

Mengulas tentang program yang dijalankan boleh pihak AFFIN sempena Ramadan dan Syawal tahun ini, Syed Mashafuddin memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang menerusi kempen ‘AFFIN Dreambox & Duit Raya AFFIN’.

Kempen itu menawarkan peluang kepada pembeli pakaian Bulan Bintang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM400,000, manakala Duit Raya AFFIN berjumlah RM250,000 akan dimanfaatkan oleh lebih 3,500 pelanggan AFFIN dan Bulan Bintang. 

Selain peluang memenangi hadiah, pelanggan AFFIN juga menikmati keistimewaan tambahan iaitu diskaun 10 peratus apabila membuat pembelian di cawangan Bulan Bintang di seluruh Malaysia menggunakan kad AFFIN, sehingga 18 Mac 2026.

Beliau berkata kolaborasi ini bukan sahaja memenuhi keperluan semasa pengguna, malah mencerminkan komitmen AFFIN dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang praktikal, mudah diakses dan berpatutan, khususnya bagi membantu orang ramai membuat persiapan menjelang Hari Raya.”

“Di samping itu, AFFIN menawarkan kemudahan pembiayaan untuk memenuhi keperluan kewangan pelbagai, termasuk Pinjaman Peribadi/-i, Pelan Bayaran Mudah melalui Kad Kredit AFFIN, Pembiayaan AFFIN Home Reno/-i dan Pembiayaan AFFIN Vehicle Financing/-i. 

"AFFIN juga sentiasa terbuka kepada peluang kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memperluas penawaran nilai serta manfaat kepada pelanggan,” katanya.

-- BERNAMA