Terdapat 324 berita berdasarkan kata kunci carian "nestle"

Sektor Pengguna Malaysia Kekal Berdaya Tahan Didorong Perbelanjaan Stabil, Sokongan Fiskal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Sektor produk pengguna Malaysia dijangka terus menyediakan daya tahan dan keterlihatan pendapatan, disokong oleh penggunaan domestik yang stabil dan sokongan fiskal yang berterusan, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi disokong Saham Wajaran Tinggi 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini, disokong oleh peningkatan kukuh dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang secara keseluruhannya positif.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Sentimen Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya walaupun Wall Street mencatat prestasi positif semalaman ketika sentimen pelabur dijangka tidak menentu dalam masa terdekat ini.

Harga Minyak Susut, Bursa Malaysia Ditutup Meningkat Seiring Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan meningkat ketika mengakhiri dagangan Rabu, menjejaki prestasi pasaran serantau selepas penyusutan ketara harga minyak mendorong sentimen positif pasaran secara menyeluruh.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari Menjejaki Prestasi Serantau

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah ketidaktentuan konflik yang berlanjutan selain diasak tekanan harga minyak.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh peningkatan selera risiko di pasaran serantau walaupun prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Apabila Harapan Terhadap keredaan Konflik Asia Barat Pudar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan berterusan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh sektor produk dan perkhidmatan perindustrian, perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Dengan Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran.

Bursa Malaysia Di Tutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Seiring Kelemahan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan pada saat-saat akhir dalam saham utama terutama sektor kesihatan, utiliti dan perkhidmatan kewangan, dan turut seiring dengan kelemahan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Kelemahan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Khamis menjejaki kelemahan semalaman di Wall Street.