4jam ago
Oleh Wan Muhammad Aslah Wan Razali
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk menerajui pembangunan tenaga pintar dan lestari di rantau ASEAN khususnya menerusi usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Ketua Pegawai Kanan Strategi, Regulatori dan Kelestarian Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Muhamad Nazri Pazil.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) bercadang untuk mengambil alih kepentingan pajakan bagi tanah seluas 2.43 hektar di Setapak, di sini serta sebuah sekolah swasta dikenali sebagai KYS KL East International School (KYSKLEIS) yang terletak di atas tanah tersebut, pada RM125 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ann Joo Resources Bhd (Ann Joo) bercadang untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ann Joo Steel Bhd (AJSB) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, Green Esteel Pte Ltd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerjasama dengan Daikin Malaysia Sdn Bhd dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) untuk menganjurkan Program Rantaian Bekalan MIDA-Daikin.
1hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat dipacu aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang muncul semula selepas beberapa sesi dagangan lemah sebelum ini.
1hari ago
IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Pelaburan baharu bernilai RM160 juta daripada pengeluar komponen automotif dari China, Yantai Yatong Precision Mechanical Technology akan memperkukuh kedudukan Perak sebagai hab industri automotif yang sedang berkembang.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada sesi tengah hari disokong oleh belian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor produk dan perkhidmatan perindustrian serta produk dan perkhidmatan pengguna.
1hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 22 Mei (Bernama) -- Inisiatif Johor Super Lane (JSL), mekanisme laluan pantas yang berjaya mengurangkan tempoh pengoperasian projek industri kepada hanya 11 bulan, dijangka menjadi antara tunjang utama kerajaan negeri dalam mencapai sasaran pelaburan RM140 bilion tahun ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.
2hari ago
IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.
2hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis berikutan sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aliran keluar dana asing yang berterusan, meskipun penurunan baru-baru ini membuka peluang belian murah bagi saham-saham mewah.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih lebih dua kali ganda kepada RM45 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM17.72 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.