Terdapat 2803 berita berdasarkan kata kunci carian "ksi"

JS-SEZ: PMKS Johor Perlu Rebut Peluang Tembusi Rantaian Bekalan Global

JOHOR BAHRU, 12 Mei (Bernama) -- Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Johor digesa memanfaatkan pembangunan dan merebut peluang menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai platform utama untuk menembusi rantaian bekalan global.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring prestasi niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

PayDibs Perkukuh Penyertaan Dalam Ekosistem PayNet Dengan Akses Terus Ke DuitNow QR

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Paydibs Sdn Bhd, gerbang pembayaran berteraskan peniaga di Malaysia kini menjadi peserta langsung untuk Payments Network Malaysia (PayNet) bagi penerimaan DuitNow QR (DNQR) yang menandakan satu peningkatan penting dalam infrastrukturnya.

Taiwan Berhasrat Perbaharui Perjanjian Pelaburan Dua Hala 1993 Dengan Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Taiwan menyatakan hasrat kepada kerajaan Malaysia untuk memulakan rundingan bagi mengemas kini Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIA) Malaysia-Taiwan yang dimeterai pada 1993 supaya selari dengan landskap pelaburan global semasa.

KPK Terus Fokus Teknologi, Inovasi Pacu Industri Agrikomoditi Negara

SEREMBAN, 12 Mei (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus menumpukan kepada penggunaan teknologi, data dan inovasi untuk memacu industri pertanian dan agrikomoditi negara yang lebih pintar, mampan dan berdaya tahan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.

RCEP Perlu Beralih Kepada Perdagangan Kompleksiti Tinggi Dan Rantaian Bekalan Bersepadu

HAIKOU (China), 12 Mei (Bernama) -- Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) harus beralih daripada sekadar pengurangan tarif dan pemunggahan kargo yang mudah ke arah perdagangan kompleksiti tinggi dan rantaian bekalan bersepadu.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, mencerminkan prestasi positif Wall Street semalaman dalam persekitaran jangkaan kesan limpahan minat belian ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Glomac Lancar Projek 16 Legacy Dengan GDV Bernilai RM21 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Glomac melancarkan 16 Legacy, koleksi eksklusif 16 unit rumah separa berkembar dua tingkat di Saujana Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM21 juta.

Perdagangan Borong Dan Runcit Malaysia Naik 9.8 Peratus Kepada RM169 Bilion Pada Mac 2026

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KWSP Perkenal I-Legasi, I-Emas Serta Kalkulator Matlamat Persaraan

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan i-Legasi dan Kalkulator Matlamat Persaraan yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan pendapatan persaraan serta jaminan kewangan merentas generasi.

JS-SEZ: Strategi Ampuh Noktahkan ‘Brain Drain,’ Tawar Gaji Premium Dengan Pelaburan Berkualiti

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

ISKANDAR PUTERI, 10 Mei (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi antara sandaran utama kerajaan negeri dalam usaha menoktahkan isu “brain drain” atau penghijrahan tenaga mahir dengan menawarkan ekosistem pekerjaan berpendapatan tinggi yang mampu menyaingi daya tarikan pasaran buruh di Singapura.