Terdapat 4491 berita berdasarkan kata kunci carian "kewangan"

Unit OCR Jual Tanah Di Shah Alam Pada Harga RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Avenue Sdn Bhd (OASB) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Ecocity Sdn Bhd dan Twinicon (M) Sdn Bhd.

Kontrak Trojena Eversendai Di Arab Saudi Ditamatkan, Usaha Tuntut Pampasan

KUALA LUMPUR, 24 Mac Bernama) -- Kontrak Eversendai Corporation Bhd bagi kerja keluli struktur untuk projek Trojena Ski Village di Arab Saudi, yang diberikan oleh NEOM Company, ditamatkan berkuat kuasa 26 Mac, 2026.

SMRT Holdings Sasar Pindah Penyenaraian Ke Pasaran Utama Menjelang Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- SMRT Holdings Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd menjelang suku ketiga 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Apabila Harapan Terhadap keredaan Konflik Asia Barat Pudar

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa susulan minat risiko berkurangan apabila harapan terhadap keredaan konflik Asia Barat semakin pudar sekali gus menjejaskan sentimen.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Situasi Geopolitik

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika ketidaktentuan membabitkan perang AS-Israel dan Iran terus memberi tekanan terhadap sentimen pasaran.

Malaysia Perlu Tampil Sebagai Pilihan Dipercayai Ketika Pelabur Nilai Semula Risiko - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan berterusan membabitkan saham wajaran tinggi terpilih didahului oleh sektor produk dan perkhidmatan perindustrian, perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik.

Aliran Keluar Dana Asing Di Lapan Pasaran Asia Cecah US$12.13 Bilion Minggu Lepas -- MBSB

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan aktiviti jualan bersih bagi minggu kelima berturut-turut di lapan pasaran Asia dengan aliran keluar bersih mencecah US$12.13 bilion pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Dengan Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran.

Kerugian Penipuan Di Malaysia Cecah RM2.7 Bilion Pada 2025, Memuncak Ketika Perayaan – Fortinet

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian berkaitan penipuan di Malaysia dianggarkan mencecah RM2.7 bilion pada 2025, meningkat 76 peratus berbanding 2024, dengan lonjakan ketara dikesan semasa musim perayaan seperti Aidilfitri, menurut syarikat keselamatan siber Fortinet Malaysia.

Kenaikan Harga Petrol Tanpa Subsidi Di Malaysia Cerminkan Trend Minyak Global

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Peningkatan harga petrol tanpa subsidi baru-baru ini di Malaysia mencerminkan peningkatan harga minyak global, kata seorang penganalisis.

Industri Insurans Yakin PTV 3.0 Akan Diteruskan Selepas Kempen Tamat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri insurans dan takaful optimis bahawa penerima program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 akan terus mendapatkan perlindungan insurans walaupun selepas tempoh kempen itu tamat.