Terdapat 86 berita berdasarkan kata kunci carian "belanjawan 2026"

Belanjawan 2026: Top Glove Harap Bayaran Balik Cukai Dipercepat Bagi Ringankan Aliran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berharap agar bayaran balik cukai bagi lebihan pembayaran dapat dipercepatkan untuk menambah baik aliran tunai dan meningkatkan kecekapan operasi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Pembentangan Belanjawan 2026 Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis apabila pelabur menunjukkan keyakinan menjelang pembentangan Belanjawan 2026, kata penganalisis.

Usaha Perkukuh Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat Terus Jadi Keutamaan Kerajaan MADANI -- Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dalam Belanjawan 2026.

Bank Digital Mahu Jadi Platform Agihan Subsidi, Bantuan Tunai Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) – Bank-bank digital meminta kerajaan untuk mengutamakan pengagihan subsidi bersasar dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2026 menerusi platform digital bank berkenaan yang mampu melaksanakan sistem penyampaian secara lebih adil dan cekap.

PIAM Harap Baucar Perlindungan Tenang Untuk Motosikal Dimasukkan Dalam Belanjawan 2026

Oleh Naveen Prabu Kuppusamy

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mencadangkan agar kerajaan meluaskan skim Baucar Perlindungan Tenang (PTV) meliputi motosikal sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan penembusan insurans dan keselamatan jalan raya dalam Belanjawan 2026.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran tempatan yang lebih baik menjelang Belanjawan 2026, yang dijangka menjadi pemangkin utama kepada mata wang tersebut.

Dana Asing Kembali Menjadi Pembeli Bersih Pada September, Mengakhiri Aliran Keluar Tiga Bulan - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti Malaysia pada September 2025, mengakhiri jualan berturut-turut selama tiga bulan dengan RM100 juta dalam aliran masuk berbanding aliran keluar sebanyak RM3.4 bilion yang dicatatkan pada Ogos 2025.

Belanjawan 2026 Perlu Tingkat Kapasiti TVET, Tepati Keperluan Industri – Belia Mahir

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu memastikan kursus atau program Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET) dilaraskan dengan bidang keutamaan ekonomi Malaysia seperti mewujudkan pekerjaan bernilai tambah dalam pembuatan, rancangan pembangunan lima tahun serta inisiatif peralihan tenaga berteraskan masa depan, termasuk tenaga boleh baharu (TBB).

Langkah Kurangkan Defisit Dijangka Jadi Keutamaan Dalam Belanjawan 2026 - Johari

PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.

Belanjawan 2026 : DOPPA Syor Dagangan Karbon Sebagai Pendapatan Mampan Komuniti Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) menyarankan pelaksanaan inisiatif baharu yang menyepadukan perdagangan karbon sebagai sumber pendapatan stabil untuk komuniti luar bandar di negeri itu.

Belanjawan 2026: Insentif Cukai Dapat Lonjak Perdagangan Intra-ASEAN - Samenta

KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.

Belanjawan 2026 Dijangka Kekal Mengembang, Defisit Diunjur Susut Secara Berperingkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka membentangkan Belanjawan 2026 bersifat mengembang, dengan defisit fiskal diunjurkan sekitar 3.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), sedikit menurun berbanding 3.8 peratus tahun ini, kata seorang ahli ekonomi.