BERITA TERKINI   Polis sahkan mayat wanita dalam beg adalah Suri Narudin - Ketua Polis Negeri Sembilan | Ringgit dibuka kukuh pada RM4.04 berbanding dolar AS pada Rabu, hampiri paras tertinggi dalam hampir lima tahun | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian "battersea"

PNB, KWSP Kukuh Komitmen Ke Atas Projek Battersea, Tiada Pelan Tarik Diri

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek Battersea di London, United Kingdom, yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Sime Darby Property Bhd dan SP Setia Bhd, kekal menjadi pelaburan strategik utama kepada para pemegang sahamnya, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). 

Sime Darby Property Salur RM34 Juta Kepada Battersea Project Holding Company

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Sime Darby Property (Hong Kong) Ltd (SDPHK), menandatangani perjanjian pinjaman berfaedah untuk menyediakan pendahuluan pemegang saham berjumlah £6 juta kepada Battersea Project Holding Company Ltd (BPHCL).

Pesuruhjaya Tinggi Baharu UK Di Malaysia Fokus Kerjasama Semikonduktor Hasilkan Cip Kualiti Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi baharu United Kingdom (UK) di Malaysia Ajay Sharma menjadikan usaha memperkukuh kerjasama dua hala sebagai keutamaan, dengan tumpuan khusus terhadap sektor semikonduktor yang berkembang pesat serta pembangunan reka bentuk cip bersepadu dan pembuatan termaju.

Battersea Power Station Dapat Kelulusan Untuk Fasa Pembangunan Semula Seterusnya

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kebenaran perancangan telah diberikan untuk fasa pembangunan semula Battersea Power Station yang seterusnya di London, pencapaian penting dalam pembangunan seluas 16.99 hektar (42 ekar) itu.

Jualan Runcit November Dan Disember Di Stesen Janakuasa Battersea Naik 13.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 21Jan (Bernama) -- Peruncit di Stesen Janakuasa Battersea, pelaburan terbesar Malaysia yang melibatkan dana awam di Eropah telah menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 13.4 peratus menjelang November dan Disember 2024 berbanding tempoh dagangan musim perayaan yang sama pada 2023.

FTA Malaysia-UK Menerusi CPTPP Dijangka Tingkat Pelaburan, Perdagangan - Tengku Zafrul

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 18 Jan (Bernama) – Malaysia boleh menjangkakan peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan United Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

PM Anwar Lawat Battersea Power Station, Pelaburan Terbesar Malaysia Di UK

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat Battersea Power Station, merupakan pelaburan terbesar Malaysia melibatkan dana awam di Eropah.